Akibat konsprirasi saudara-saudara nabi Yusuf a.s , di negeri Kanaan , baginda terjual di negeri Mesir.
Maka Allah berfirman :
Maksudnya
Dan
(setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir) berkatalah orang yang membeli
Yusuf kepada isterinya: Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga
ia berguna kepada kita, atau kita jadikan anak. Dan demikianlah caranya
kami berikan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan
disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu menta’bir
mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah
ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf 21)
Ahli-ahli
tafsir sepakat mengatakan orang yang membeli Yusuf a.s. adalah al-Aziz
seorang pegawai tinggi atau Wazir kerajaan Mesir dan isterinya adalah
Zulaikha , yang diharap menjadi ibu angkat kepada Yusuf a.s.
Siapakah Zulaikha ?
Maulana
Abdullah Yusuf Ali didalam Terjemahan al Quran memetik tulisan karya
sastra Zulaikha dan Yusuf oleh Jami r.h ( 817 H – 898 H ):
Zulaikha
adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri
Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi
bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang
amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau
bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali
berikutnya beliau bermimpi lagi , lelaki tersebut memperkenalkannya
sebagai Wazir kerajaan Mesir.
Kecintaan
dan kasih sayang Zulaikha kepada pemuda tersebut terus berputik menjadi
rindu dan rawan sehingga beliau menolak semua pinangan putera raja yang
lain. Setelah bapanya mengetahui isihati puterinya, bapanya pun
mengatur risikan ke negeri Mesir sehingga mengasilkan majlis pernikahan
dengan Wazir negri Mesir.
Memandang
Wazir tersebut atau al Aziz bagi kali pertama, hancur luluh dan
kecewalah hati Zulaikha. Hatinya hampa dan amat terkejut, bukan wajah
tersebut yang beliau temui di dalam mimpi dahulu. Bagaimanapun ada suara
ghaib berbisik padanya : “ Benar , ini bukan pujaan hati kamu. Tetapi
hasrat kamu kepada kekasih kamu yang sebenarnya akan tercapai
melaluinya. Janganlah kamu takut kepadanya . Mutiara kehormatan engkau
sebagai perawan selamat bersama-sama dengannya”.
Perlu
diingat sejarah Mesir menyebut , Wazir diraja Mesir tersebut adalah
seorang kasi, yang dikehendaki berkhidmat sepenuh masa kepada baginda
raja. Oleh yang demikian Zulaikha terus bertekat untuk terus taat kepada
suaminya kerana ia percaya ia selamat bersamnya.
Demikian
masa berlalu, sehingga suatu hari al-Aziz membawa pulang Yusuf a.s.
yang dibelinya di pasar. Sekali lagi Zulaikha terkejut besar, itulah
Yusuf a.s yang dikenalinya didalam mimpi . Tampan, segak, menarik dan
menawan.
Betullah sabda nabi yang diriwayatkan oleh Hammad dari Tsabit bin Anas bahawa Rasullah bersabda maksudnya :
Yusuf dan ibunya telah diberi oleh Allah separuh kecantikan dunia.
Kisah
Zulaikha dan Yusuf dirakamkan di dalam Al Quran bermula surah Yusuf
ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat 36 surah yang
sama, kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri
al-Aziz. Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman,
maksudnya :
Isteri
Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang
memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari
orang yang benar. ( Yusuf 51 )
Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikh dengan Yusuf a.s.
Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :
Muhammad
bin Ishak berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s
oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami
Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah
beristrikan Zulaikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan
bahwa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia
menjadi isterinya,
“Tidakkah keadaan dan hubungan kita sekarang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?”
Zulaikha menjawab,
“Janganlah
engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik,
muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin,
menemuimu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah,
apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan kedudukanku
sebagai wanita yang bersuami?”
Dikisahkan
bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis
(perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim
bin Yusuf dan Misya bin Yusuf.
Rujukan :
- Maulana Abdullah Yusuf Ali – Terjemahan al Quran Karim
- Tafsir Ibnu Katsier – surah Yusuf
Tidak ada komentar:
Posting Komentar